AFRINA FAWWAZ AFHAM
"Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman." - 45:3
19.8.11
SIAPA ISLAM TATAR?
MOSCOW
MOSCOW, BANDARAYA PALING UTARA DI DUNIA. PENDUDUK MOSCOW BERJUMLAH HAMPIR 12 JUTA ORANG, MAJORITINYA BERBANGSA SLAVIK TIMUR DAN KAUKASUS, SEMENTARA BANGSA TATAR MENJADI PENGHUNI MINORITI.
PENDUDUK RUSSIA BERJUMLAH LEBIH 140 JUTA ORANG DENGAN LEBIH 15 PERATUS DARIPADANYA MUSLIM TATAR.
KEMBARA JEJAK RASUL UNTUK MENCARI SIAPA SEBENARNYA BANGSA TATAR TELAH MENEMUKAN KAMI DENGAN PEMUDA TATAR, KOSYMOV SABIR, 29 TAHUN. MENURUTNYA, GEREJA SAINT BASIL DIBINA SEBAGAI MERCUTANDA KEJAYAAN PEMERINTAH RUSIA IVAN THE TERIBBLE MENAWAN KAZAN.
PERISTIWA SIEGE OF KAZAN ITU BERLAKU PADA TAHUN 1552 MENYEBABKAN RAMAI BANGSA TATAR TERBUNUH. DISEBALIK SEJARAH HITAM ITU, TERDAPAT CATATAN SEJARAH MERAKAMKAN SUMBANGAN BANGSA TATAR DALAM MEMPERTAHANKAN BUMI RUSSIA.
HISTORICAL MOSQUE
HISTORICAL MOSQUE DIBINA PADA TAHUN 1823 MERAKAMKAN JASA DAN SUMBANGAN BANGSA TATAR. MENGIKUT SEJARAH, TENTERA TATAR MENYUMBANG TENAGA DALAM PEPERANGAN BAGI MENGHALANG NAPOLEON BORNAPATE DARIPADA MENDUDUKI MOSCOW. ATAS SEBAB ITU, RAJA ALEXANDER 1 TELAH MEMBINA MASJID INI BAGI MENGENANG JASA UMAT ISLAM TATAR.
SABIR KEMUDIANNYA MEMBAWA KAMI KE MASJID TATAR DI TENGAH BANDAR MOSCOW.
TERLETAK DI TATARSKAYA ATAU JALAN TATAR, MASJID INI ANTARA EMPAT BUAH MASJID UTAMA YANG MENGADAKAN SOLAT JUMAAT SETIAP MINGGU. SEPERTI INSTITUSI AGAMA YANG LAIN, MASJID INI TIDAK DIBENARKAN BERFUNGSI PADA TAHUN 1937 SEMASA PEMERINTAHAN KOMUNIS DI MOSCOW.
SELEPAS KEJATUHAN KESATUAN SOVIET DAN KERANA DESAKAN UMAT ISLAM KEPADA PEMERINTAH RUSIA, MASJID BERSEJARAH INI DIBUKA SEMULA PADA TAHUN 1993. PENINGKATAN UMAT ISLAM DI MOSCOW AMAT MEMBERANGSANGKAN SELEPAS ERA PEMERINTAHAN KOMUNIS PADA PENGHUJUNG TAHUN 1991.
HARI INI, DIANGGARKAN LEBIH 500 ORANG UMAT ISLAM MENGERJAKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID INI SETIAP MINGGU. ANTARA KEUNIKAN MASJID INI, KHUTBAH DISAMPAIKAN DALAM TIGA BAHASA IAITU BAHASA RUSIA, BAHASA TATAR DAN BAHASA ARAB.
LEBIH SATU JUTA DARIPADA JUMLAH PENDUDUK MOSCOW BERASAL DARI NEGARA BEKAS KESATUAN SOVIET SEPERTI TAJIKISTAN DAN UZBEKISTAN. JIKA DILIHAT DARIPADA RAUT WAJAH YANG BERADA DI MASJID INI, KAMI TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN BANGSA DAN KETURUNAN MEREKA.
KAMI BERKESEMPATAN MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID BERSEJARAH INI.
MENURUT PENDUDUK TEMPATAN, PADA MUSIM SEJUK, UMAT ISLAM DINASIHATKAN DATANG LEBIH AWAL DAN MENCARI TEMPAT DI DALAM MASJID JIKA TIDAK MAHU KESEJUKAN. NAMUN JUMLAH UMAT ISLAM YANG SEMAKIN BERTAMBAH DAN RUANG SEMPIT DI DALAM MASJID, MEMAKSA MEREKA MEMENUHI KAWASAN LUAR YANG BERSALJI.
ISLAM TELAH MENCAPAI ZAMAN KEGEMILANGANNYA DI RUSIA SELAMA HAMPIR 250 TAHUN… NAMUN ZAMAN KESATUAN SOVIET TELAH MELEMAHKAN AKIDAH UMAT ISLAM DI BUMI INI…
MENGGAMBARKAN KEADAAN BANGSA TATAR, SEORANG PENULIS RUSIA PERNAH BERKATA: “KERANA KESILAPAN KITA, SATU BANGSA TELAH DATANG KE SINI, TIADA SIAPA TAHU IDENTITI MEREKA, DARI MANA MEREKA DATANG, APA AGAMA MEREKA, TETAPI MEREKA DIGELAR BANGSA TATAR. ORANG-ORANG YANG BERKUDA INI DATANG DARI TIMUR, MUNCUL DENGAN TIBA-TIBA, MENDUDUKI DAN MEMERINTAH RUSIA SELAMA HAMPIR 250 TAHUN”.
SELEPAS SOLAT JUMAAT, KAMI DIPELAWA MERASAI ‘TOKMAK’ ATAU ADUNAN SUP DAN MEE YANG DIMAKAN DENGAN ROTI. MENURUT MEREKA, KEBIASAANNYA MENU BANGSA TATAR INI DISEDIAKAN PADA HARI JUMAAT ATAU SEMASA PERAYAAN.
DI AWAL TAHUN 1990-AN, UMAT ISLAM MOSCOW HANYA MEMPUNYAI SEBUAH MASJID, SOBORNAYA MOSQUE… NAMUN SELEPAS KEJATUHAN KESATUAN SOVIET, MASJID BERSEJARAH INI KEMBALI BERFUNGSI. KETIKA HISTORICAL MOSQUE INI DIBINA, GABENOR JENERAL RUSIA MENGARAHKAN SUPAYA IA DIBINA MENYERUPAI BANGUNAN KEDIAMAN DAN TIDAK DIPANGGIL MASJID. HISTORICAL MOSQUE YANG DAPAT DILIHAT PADA HARI INI ADALAH BENTUK YANG DIUBAHSUAI PADA TAHUN 1881.
RESTORAN HISTORICAL MOSQUE
KAMI TIDAK KETINGGALAN MENINJAU RESTORAN YANG MENJADI TEMPAT PERTEMUAN UMAT ISLAM SELEPAS SOLAT JUMAAT.
MENURUT MASYARAKAT ISLAM TEMPATAN, JIKA INGIN MENCARI DAGING HALAL DI MOSCOW, HANYA DUA LOKASI YANG HARUS DITUJU… RESTORAN BERDEKATAN MASJID ATAU MENGUNJUNGI TEMPAT SEMBELIHAN DI KAWASAN PENEMPATAN ISLAM.
MENU DI RESTORAN HISTORICAL MOSQUE INI DISEDIAKAN MENGIKUT RESEPI TRADISIONAL BANGSA TATAR DAN MENJADI TARIKAN UMAT ISLAM SEKITAR MOSCOW. HARI JUMAAT ADALAH HARI YANG PALING SIBUK DAN MENDAPAT SAMBUTAN AMAT MENGGALAKKAN DI KALANGAN UMAT ISLAM.
RESTORAN HISTORICAL MOSQUE INI TELAH DIUSAHAKAN UMAR RAFIQ, SEJAK LAPAN TAHUN LALU. DIA BERBANGSA TATAR. MENGGUNAKAN TENAGA KERJA DARI PELBAGAI NEGARA BEKAS KESATUAN SOVIET, RESTORAN INI DIKENDALIKAN SEPENUHNYA PEKERJA BERAGAMA ISLAM.
PELBAGAI RAUT WAJAH DAPAT DILIHAT DARIPADA PENGUNJUNG RESTORAN INI YANG BERHIJRAH KE MOSCOW BAGI MENCARI PEKERJAAN. YANG PASTI, CITARASA MAKANAN MEREKA ADALAH SAMA, MENU BANGSA TATAR.
UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN DAGING LEMBU DAN AYAM, UMAR RAFIQ MENEMPAHNYA DARI SEORANG MUSLIM DI PINGGIR MOSCOW PADA SETIAP HARI.
ANTARA KEUNIKAN DI RESTORAN INI, ROTI DIBUAT SENDIRI OLEH PEKERJA UMAR MENGIKUT CITARASA BANGSA TATAR.
SEJARAH MERAKAMKAN, ROTI ANTARA MAKANAN TERTUA PENDUDUK DUNIA DAN MEMPUNYAI SEJARAH LEBIH 30,000 TAHUN LAMPAU.
VLADIMIR LENIN DAN PARTI BOLSHEVIK PERNAH MENAGIH SOKONGAN RAKYAT DENGAN SLOGAN: PEACE, LAND AND BREAD… KEAMANAN, TANAH DAN ROTI.
WALAUBAGAIMANAPUN ROTI BUKANLAH IDENTITI UTAMA BANGSA TATAR.
PENCARIAN MENGENALI IDENTITI BANGSA TATAR MASIH LAGI BELUM BERAKHIR,
KEKELIRUAN IDENTITI MEREKA MASIH LAGI MENJADI TANDA TANYA….
ARBAT STREET
ARBAT, ANTARA JALAN TERTUA DI MOSCOW.
PERKATAAN ARBAT MEMPUNYAI PELBAGAI MAKNA, IA DITAFSIRKAN MASYARAKAT MOSCOW MENGIKUT SEJARAH DAN KEBUDAYAAN BANGSA MEREKA.
BAGI MASYARAKAT TATAR, ARBAT BERERTI KENDERAAN ATAU KERETA KUDA. IA MERUJUK KEPADA TEMPAT INI , SUATU KETIKA DAHULU IA MENJADI LALUAN UTAMA PEDAGANG DARI LUAR MOSCOW YANG MENGGUNAKAN KERETA KUDA ATAU LEMBU.
PADA KURUN KE-18, ARBAT STREET DIANGGAP SEBAGAI PENEMPATAN BERPRESTIJ DI MOSCOW.
NAMUN HAMPIR KESELURUHAN PENEMPATAN ITU TERBAKAR KETIKA PENDUDUKAN NAPOLEON BORNAPATE PADA TAHUN 1812. IA DIBINA SEMULA DAN KINI… ARBAT STREET MENJADI SIMBOL KEPADA KEPELBAGAIAN BANGSA RUSIA.
KERETA KUDA PEDAGANG ZAMAN SILAM MELEWATI ARBAT STREET KERANA IA TERLETAK DI PERSIMPANGAN ANTARA BANDAR DI UTARA RUSIA SEPERTI ST PETERSBURG DAN BANDAR DI SELATANNYA SEPERTI KAZAN.
BANGUNAN DI SEPANJANG JALAN INI TELAH BEBERAPA KALI MENGALAMI PROSES BAIKPULIH MENGIKUT SENIBINA EROPAH DAN KEHENDAK PEMERINTAH KESATUAN SOVIET. ANTARA TUJUAN MEREKA, MEWUJUDKAN PEMODENAN DAN PUSAT BANDARAYA INDUSTRI DI RUSIA.
HARI INI, IA MENJADI ANTARA PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MOSCOW. TIDAK HAIRANLAH IA MENJADI SATU KEMESTIAN KEPADA SETIAP PELANCONG UNTUK MENGUNJUNGINYA JIKA DATANG KE SINI.
MENCARI IDENTITI SEBENAR BANGSA TATAR MUSLIM DI SINI BUKANLAH SUATU PERKARA YANG MUDAH… SATU BANGSA YANG TELAH MENGALAMI PROSES PERUBAHAN IDENTITI, MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN DAN ACUAN PIHAK PEMERINTAH.
PENCARIAN IDENTITI BANGSA TATAR TIDAK TERHENTI DI MOSCOW… KAMI AKAN KE SAINT PETERSBURG, KOTA DI UTARA RUSIA YANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SEJARAH BANGSA ITU.
Langgan:
Catatan (Atom)