إعلان

"Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman." - 45:3

22.2.08

Al-Jazzar الجزّار



PENGENALAN

SETIAP HARI KITA BERFIKIR MENGENAI APA YANG HENDAK DIMAKAN, DI MANA TEMPATNYA DAN BERAPA HARGANYA.

ALLAH SUBHANAHU WATAALA MENJADIKAN MANUSIA, MAKHLUK YANG MEMERLUKAN MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK HIDUP.

BAHKAN PERNAH BERLAKU PEMBUNUHAN DAN KEKACAUAN DI SESEBUAH NEGARA, DISEBABKAN KELAPARAN.

DARIPADA MAKANAN, BADAN SESEORANG AKAN SIHAT DAN DARIPADA MAKANAN JUGALAH IA AKAN JATUH SAKIT.

MAKANAN YANG HARAM BOLEH MENGHILANGKAN KEWARASAN DAN MEMBAHAYAKAN BADAN.

SEMENTARA MAKANAN YANG SUCI DAN BERSIH, BUKAN SAHAJA MENJAMIN KESIHATAN YANG BAIK, BAHKAN TUMPUAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT.

AL-JAZZAR

LEBIH SERIBU TAHUN LAMPAU, SEORANG ILMUWAN ISLAM TELAH MENGKAJI TUBUH BADAN MANUSIA.

AL-JAZZAR ATAU ABU JAAFAR AHMAD ABI KHALID IBNU JAZZAR DILAHIRKAN TAHUN 855 DAN MENINGGAL DUNIA TAHUN 955 DI QAIRAWAN, TUNISIA.

SUMBANGAN UTAMA AL-JAZZAR ADALAH KITAB ZA_DUL MUSA_FIR WA QU_TUL HADHIR ATAU KELENGKAPAN MUSAFIR DAN MAKANAN TERKINI.

KITABNYA MEMBINCANGKAN SEBAB DAN CARA MENGATASI PENYAKIT, DILENGKAPI ILUSTRASI DAN IA DIANGGAP KITAB PERUBATAN YANG SESUAI.

MAKSUD FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WATAALA DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 172 HINGGA 173 :

“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, MAKANLAH DARI BENDA-BENDA YANG BAIK, YANG TELAH KAMI BERIKAN KEPADA KAMU DAN BERSYUKURLAH, JIKA BENAR KAMU HANYA BERIBADAT KEPADA-NYA.

HANYA YANG DIHARAMKAN ALLAH KE ATAS KAMU, MEMAKAN BANGKAI, DARAH, DAGING KHINZIR DAN BINATANG YANG DISEMBELIH BUKAN KERANA ALLAH, SESIAPA YANG BERADA DALAM KEADAAN TERPAKSA, TIDAK SENGAJA DAN TIDAK MELEWATI BATAS, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIH.”

ROTI ADALAH MAKANAN RUJI BAGI PENDUDUK DI NEGARA TIMUR TENGAH.

SYRIA

KREW ILMUWAN ISLAM MENGUNJUNGI KEDAI MEMBUAT DAN MENJUAL ROTI DI SYRIA.

MAKANAN YANG DIBUAT DARIPADA CAMPURAN TEPUNG GANDUM DAN RAGI INI BOLEH MENIMBULKAN KEKECOHAN DI KALANGAN PENDUDUK TEMPATAN JIKA HARGANYA DINAIKKAN.

KEDAI ROTI DI SYRIA DIUMPAMAKAN RESTORAN ATAU TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA.

MENGIKUT SYARIAT ISLAM, PENGAMBILAN MAKANAN YANG SIHAT BERMULA DARIPADA WANG YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBELI MAKANAN.

SEMENTARA PEKERJAAN YANG DILAKUKAN UNTUK MENDAPATKAN WANG ADALAH HARUS ATAU DITUNTUT OLEH SYARAK.

SEORANG ISLAM YANG BERUSAHA MENCARI PENDAPATAN YANG HALAL DAN KEMUDIANNYA MENIKMATI MAKANAN YANG HALAL, DIA TERLEPAS DARIPADA SESUATU YANG DIHARAMKAN.

SEBAGAIMANA HADIS RIWAYAT AT-TIRMIZI, SABDA RASULULLAH S.A.W. YANG BERMAKSUD :

“SETIAP DAGING YANG TUMBUH DARIPADA MAKANAN YANG HARAM, MAKA API NERAKALAH YANG LAYAK BAGINYA.”

SENAMAN ADALAH GERAK BADAN BAGI MENGELUARKAN PELUH DAN TOKSIN DARIPADA BADAN SESEORANG.

SAMA ADA IA DILAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN LEMAK YANG BERLEBIHAN, HASIL PEMAKANAN YANG TIDAK DIKAWAL ATAU SENAMAN BAGI MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN BADAN.

INDEKS JISIM BADAN ATAU B.M.I DIGUNAKAN MENENTUKAN KESESUAIAN BADAN BERDASARKAN BERAT, TINGGI DAN UMUR SESEORANG.

DUNIA KINI, MEMENTINGKAN BENTUK BADAN YANG SESUAI BAGI MENILAI KESEMPURNAAN INDIVIDU.

SELAIN DARIPADA ITU, SENI MEMPERTAHANKAN DIRI ADALAH SATU DARIPADA SUKAN DAN SENAMAN.

PEMAKANAN YANG SEIMBANG, SENAMAN YANG CUKUP DAN AKTIVITI MENGUATKAN TULANG, MENJADIKAN INDIVIDU ITU SEMPURNA SECARA FIZIKAL.

RASULULLAH S.A.W MENGGALAKKAN UMATNYA BERSUKAN UNTUK KESIHATAN BADAN.

MENURUT SAIYYIDINA UMAR RADHIALLAHU ‘ANHU YANG BERMAKSUD : “AJARLAH ANAK-ANAK KAMU BERENANG, MEMANAH DAN MENUNGGANG KUDA.”

MESIR

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MESIR, PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR DAN RESTORAN SHIHAB, BERGABUNG MENGANJURKAN EKSPEDISI BERKUDA SEBAGAI AKTIVITI KESIHATAN.

IA DILAKUKAN SEMPENA MENYAMBUT 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA DI MESIR.

LEBIH MEMBANGGAKAN, MEREKA MEMBUKTIKAN SLOGAN ‘MALAYSIA BOLEH’ DENGAN MEMBENTANGKAN JALUR GEMILANG SEPANJANG TIGA RATUS METER BERDEKATAN PIRAMID.

KITAB AL-JAZZAR

KITAB AL-JAZZAR DITERJEMAH KE DALAM BAHASA LATIN DAN IA ANTARA KITAB PERUBATAN TERMASYHUR DI ZAMAN PERTENGAHAN.

DI BENUA EROPAH, KITAB INI DIJADIKAN RUJUKAN SEHINGGA KURUN KE ENAM BELAS.

KITAB ZA_DUL MUSA_FIR WA QU_TUL HADHIR MEMBICARAKAN MENGENAI PEMAKANAN SEIMBANG, SELERA MAKAN YANG KUAT, HILANG SELERA MAKAN, PENYAKIT DALAM PERUT, KERACUNAN DAN GASTRIK.

GASTRIK

GASTRIK ATAU ISTILAH DALAM PERUBATAN, GASTRITIS ADALAH SEJENIS PENYAKIT RADANG PADA DINDING PERUT.

IA DISEBABKAN PENGAMBILAN UBAT, BAHAN MAKANAN YANG DAPAT MENGHAKIS LAPISAN PERUT ATAU TEKANAN EMOSI.

LIPATAN PERUT YANG PANJANG AKAN TERBUKA DAN MENGEMBANG KETIKA MAKANAN MELALUINYA.

KELENJAR DINDING PERUT AKAN MENGELUARKAN ENZIM DAN ASID HIDROKLORIK BAGI MENCERNA MAKANAN.

ASID INI MAMPU MENGHANCURKAN MAKANAN DAN MELARUTKAN BESI.

MAHA SUCI ALLAH YANG MENJADIKAN SESUATU ITU SEIMBANG DALAM SISTEMNYA TERSENDIRI.

PARAS ASID DALAM PERUT DISEIMBANGKAN DENGAN CECAIR BIKARBONAT YANG MELINDUNGI TISU PERUT.

KESEIMBANGAN INI SEHARUSNYA DISYUKURI DENGAN PEMAKANAN YANG SESUAI.








PEMAKANAN

DI MESIR, KAMI MENEMUBUAL PAKAR BEDAH DARI UNIVERSITI KAHERAH, DR. YUSRI JABIR MUHAMMAD.

“NABI S.A.W MENGATUR PEMAKANANNYA DENGAN MEMAKAN TIMUN DAN BUAH TAMAR. SABDANYA : “KESEJUKAN YANG INI BOLEH MEMADAMKAN KEPANASAN YANG INI”. WALAUPUN PELBAGAI JENIS MAKANAN ADALAH HARUS NAMUN IA BOLEH MEMUDARATKAN. PUNCANYA APABILA SESEORANG MENGAMBIL PELBAGAI JENIS MAKANAN DALAM SATU MASA DAN INI MENYUKARKAN PENGHADAMAN. NABI S.A.W. SEPANJANG HIDUPNYA, TIDAK MENGAMBIL ‘PENAIK SELERA MAKAN’ SUPAYA PEMAKANANNYA SEIMBANG DAN TIDAK BERLEBIHAN. INILAH LANGKAH PERTAMA DALAM PEMAKANAN IAITU TIDAK TERLALU BANYAK BAHAN CAMPURAN DAN PELBAGAI MENU DALAM SATU MASA. SELAIN DARIPADA ITU, MAKAN TIDAK GELOJOH, MAKAN APABILA LAPAR SERTA MAKAN DENGAN KELUARGA ATAU SESIAPA SAHAJA DARIPADA KALANGAN MUSLIMIN DALAM SATU HIDANGAN.” - TERJEMAHAN

JADIKAN MAKANAN BAGI MENDAPATKAN BADAN YANG SIHAT DAN AKHLAK YANG BAIK.

DARIPADA MAKANAN, IA MENDIDIK MANUSIA MENGENAI AKHLAK.

SEBAGAIMANA DIRIWAYATKAN, NABI IBRAHIM ALAIHISSALAM TIDAK AKAN MAKAN KECUALI DITEMANI SAHABAT ATAU KELUARGANYA.

NAMUN SEDARKAH ANDA, CARA PEMAKANAN INI TELAH DIABAIKAN KEBANYAKAN DARIPADA KITA.

WALAUPUN MAKAN SECARA BERAMAI-RAMAI, NAMUN SETIAP ORANG MAKAN DARI PINGGAN MASING-MASING.

INILAH PUNCA MAKAN BERLEBIHAN DAN BERLAKU KEGEMUKAN.

KEGEMUKAN PULA PUNCA SEGALA PENYAKIT DAN IA MENJADI MASALAH BAGI MASYARAKAT DUNIA.

MENURUT DR. YUSRI LAGI : “RASULULLAH S.A.W BERSABDA : “KAMI ADALAH KAUM YANG TIDAK AKAN MAKAN KECUALI LAPAR. APABILA KAMI MAKAN TIDAK TERLALU KENYANG.” SABDANYA LAGI : “BAGI ANAK ADAM MEMADAI DENGAN BEBERAPA SUAPAN YANG AKAN MENEGAKKAN TULANG PUNGGUNGNYA. MEMADAI DENGAN SEPERTIGA UNTUK MAKANANNYA, SEPERTIGA UNTUK MINUMANNYA, DAN SEPERTIGA UNTUK NAFASNYA.”

KITA SERINGKALI MENDENGAR BERLAKUNYA KERACUNAN MAKANAN, BAHKAN KERACUNAN INI BOLEH MEMBAWA MAUT.

KEBIASAANNYA KERACUNAN BERLAKU DALAM TEMPOH 48 JAM SELEPAS MEMAKAN MAKANAN YANG TERCEMAR.

RASA MUAL, MUNTAH, CIRIT-BIRIT, PENING DAN KERADANGAN PERUT AKAN DIRASAI.

IA BERPUNCA DARIPADA TINDAKBALAS BAKTERIA DALAM MAKANAN, PENYEDIAAN MAKANAN YANG KOTOR DAN TERDEDAH.

ISLAM MENITIKBERAT PEMILIHAN MAKANAN DAN KEBERSIHAN MELALUI FIRMAN ALLAH S.W.T. DALAM SURAH AN-NAHAL AYAT 114 YANG BERMAKSUD :

“MAKANLAH APA YANG DIKURNIAKAN ALLAH KEPADA KAMU DARIPADA BENDA YANG HALAL LAGI BAIK. BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT ALLAH JIKA KAMU BENAR-BENAR MENYEMBAHNYA.”

WALAUPUN NAMA AL-JAZZAR JARANG KITA DENGARI, TIDAK SEMASYHUR NAMA IBNU SINA DALAM PERUBATAN, NAMUN ILMUWAN ISLAM INI TERKENAL DALAM BIDANG PEMAKANAN DAN PENYAKIT.

MENIKMATI MAKANAN YANG SEDAP, MENYEBABKAN KITA LUPA KEPADA PENYAKIT, BEGITU JUGALAH KITA LUPA PADA KITAB DAN ILMUWAN INI.

TAHUKAH ANDA, PEMAKANAN HARIAN YANG SEIMBANG SEBENARNYA LEBIH DARIPADA MENCUKUPI BAGI MEMBEKALKAN SEGALA KEPERLUAN ZAT DALAM TUBUH.

KECUALI SISTEM TUBUH YANG MENGALAMI MASALAH DAN TIDAK MAMPU MENYERAP MINERAL ATAU VITAMIN DALAM MAKANAN.

BUAH-BUAHAN, SAYURAN DAN KEKACANG ADALAH BAHAN UTAMA DALAM SETIAP MASAKAN DARI TIMUR TENGAH.

BEGITU JUGA REMPAH RATUS YANG SEMEMANGNYA TERKENAL DI NEGARA ARAB.

BAHAN YANG BERASAL DARIPADA TUMBUH-TUMBUHAN INI TELAH LAMA DIGUNAKAN BAGI TUJUAN PERUBATAN SEJAK TURUN TEMURUN.

SETIAP BANGSA MEMPUNYAI HERBA DAN REMPAH RATUS YANG BERLAINAN.

IA DIWARISI BERDASARKAN KESESUAIAN SISTEM KETAHANAN BADAN DAN PENERIMAAN BAHAN YANG DIAMALKAN.

MALAYSIA

DI MALAYSIA, RESTORAN HERBAL YANG TERLETAK DI JALAN MUAR PAGOH JOHOR INI, MENJADI TUMPUAN BAGI MEREKA YANG MEMENTINGKAN KESIHATAN.

MAKANAN DAN MINUMAN YANG DISEDIAKAN, DIMASAK MENGGUNAKAN HERBA DAN TUMBUHAN BERKHASIAT.

MENIKMATI MASAKAN SEPERTI INI BUKANLAH KEBIASAAN KEBANYAKAN DARIPADA KITA, NAMUN BAGI MENJAGA KESIHATAN JANGKA PANJANG, MAKANAN HERBA ADALAH MAKANAN ALTERNATIF.

HADIS RIWAYAT MUSLIM, SABDA RASULULLAH S.A.W. YANG BERMAKSUD :

“SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA, APABILA TEPAT UBAT DENGAN SESUATU PENYAKIT, TENTU PENYAKIT ITU SEMBUH DENGAN IZIN ALLAH ‘AZZA WA JALLA.”

KAMI MENEMUI PEMILIK DAN PENGURUS RESTORAN NASUHA, HAJJAH ROHAYA AHMAD, 42 TAHUN.

“CORAK PEMAKANAN KITA SEBENARNYA MEMPENGARUHI TAHAP KESIHATAN KITA SEHARIAN. MAKAN BERLEBIHAN ADALAH DILARANG KERANA IA BOLEH MENDATANGKAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT. DENGAN ADANYA CAMPURAN HERBA2 DALAM MASAKAN KITA SEHARIAN, IA BOLEH MEMBANTU MELANCARKAN PROSES PENCERNAAN DAN JUGA PERKUMUHAN DALAM BADAN KITA.”

MENGAGUMI KETOKOHAN AL-JAZZAR MENGGUNAKAN TUMBUHAN SEMULAJADI UNTUK MERAWAT PESAKIT, HAJJAH ROHAYA MENJALANKAN PENYELIDIKAN TERHADAP POKOK HERBA YANG TUMBUH DI SEKELILING KITA.

“TUMBUH-TUMBUHAN ADALAH MAKHLUK ALLAH JUGA. TUMBUHAN-TUMBUHAN INI SEBENARNYA SENTIASA BERTASBIH KEPADA ALLAH. DI DALAM TIAP-TIAP POKOK NI ADA MACAM-MACAM RAHSIA, ADA KEGUNAAN DIA, CUMA KITA KENA PANDAI UNTUK MENYELIDIKI APA KHASIAT-KHASIATNYA. DAN MENGIKUT KAJIAN KITA, SEBAGAI CONTOH POKOK STROBILANTHES CRISPUS ATAUPUN DAUN PECAH KACA, MAMPU MERAWAT UNTUK YANG MENGHIDAP PENYAKIT KANSER TERUTAMA KANSER PAYU DARA, KANSER RAHIM DAN JUGA KANSER USUS.”

NAMUN BAGI PENGUSAHA LADANG HERBAL, HJ NASUHA KASIAN, AMALAN SEBELUM MAKAN AMAT PENTING BAGI MENCERNA MAKANAN DALAM PERUT.

“DALAM ISLAM, SEJARAH PEMAKANAN KITA ADA PETUA-PETUA DIA, PETUA INI KALAU DIBUKUKAN, RAMAI ORANG SIHAT. CONTOHNYA, KALAU KITA NAK MAKAN, NASI ATAU SUP. KALAU KITA MAKAN NASI, KITA AMBIL GARAM GUNAKAN JARI, KITA LETAKKAN GARAM DI TAPAK JARI KITA NI DAN DI TAPAK JARI KITA ADA ASID DAN ASID NI BILA BERCAMPUR DENGAN GARAM DAN MASUK DALAM PERUT KITA. CONTOHNYA KITA AMBIL GARAM DAN JILAT, GARAMLAH YANG MULA-MULA MASUK DALAM PERUT KITA DAN DI SITULAH GARAM DAN ASID YANG BOLEH MENCERNA MAKANAN DALAM PERUT KITA. DI MANA PERUT KITA DAH ADA STANDBY, MAKSUDNYA DAH ADA MEDICINE UNTUK MEMBETULKAN PEMAKANAN, PENGHADAMAN KITA YANG KURANG BAIK. DI SAMPING ITU JUGA ADA DALAM ISLAM, KITA MAKAN, KITA GUNAKAN YANG MANIS. KITA DALAM BULA PUASA, DISUNATKAN MAKAN KURMA, JADI KURMA NI MANIS. DALAM KURMA NI BANYAK KHASIAT-KHASIAT, MINERAL-MINERAL YANG SEDIA ADA, KITA SUNAT MAKAN TIGA BIJI. DIALAH STANDBY DAN MAKANAN YANG PERTAMA YANG MASUK DALAM PERUT KITA.”

MENGULAS LANJUT MENGENAI KITAB AL-JAZZAR, DR. AMMAR NAHAR DARI UNIVERSITI DAMSYIK, SYRIA.

“ZAD AL-MUSAFIR WA QUT AL-HADHIR, KITAB UNTUK MENGUBATI SEGALA PENYAKIT. IA PENTING DAN TELAH DIPINDAHKAN KE SEPANYOL. DI SEPANYOL, SEORANG DOKTOR YANG TERKENAL, AL-ZAHRAWI MENCATAT BEBERAPA BAHAGIAN DARIPADA KITAB AL-JAZZAR. AL-JAZZAR TERHUTANG BUDI DENGAN AL-ZAHRAWI.”

HADIS RIWAYAT MUSLIM DARI IBNU UMAR RADHIALLAHU ‘ANHU, DARIPADA NABI S.A.W. SABDANYA YANG BERMAKSUD :

“ORANG-ORANG KAFIR MAKAN DENGAN TUJUH PERUT DAN ORANG MUKMIN MAKAN DENGAN SEBUAH PERUT”.

HASIL TULISAN AL-JAZZAR MASIH RELEVAN SEHINGGA KINI, HANYA BARAT YANG MENCUNGKIL RAHSIA PERUBATANNYA.

AL-JAZZAR, ILMUWAN ISLAM YANG PAKAR DALAM BIDANG PEMAKANAN DAN PERUBATAN DI ZAMAN PERTENGAHAN.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Terima kasih. Amat bermanfaat.