إعلان

"Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman." - 45:3

22.2.08

Ziryab زرياب



PENGENALAN

MUZIK, GUBAHAN BUNYI YANG MENGHASILKAN IRAMA INDAH DAN MENYENANGKAN.

BERGANTUNG KEPADA TEMPAT, BUDAYA DAN CITARASA SESEBUAH MASYARAKAT, BUNYI YANG SEDAP DIDENGAR DAN DAPAT DITERIMA INDIVIDU DIANGGAP MUZIK.

WALAUPUN GENERASI MUDA MENERIMA MUZIK MODEN, KONSERT MENGGUNAKAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MASIH MAMPU MENARIK MINAT PENONTON, TIDAK KIRA USIA.

ALAT MUZIK SEPERTI ‘OUD, GENDANG DAN SERULING, MENJADI IDENTITI MUZIK TIMUR TENGAH.

‘OUD : PERKATAAN ARAB YANG BERMAKSUD KAYU, DIKATAKAN ANTARA ALAT MUZIK BERTALI YANG PERTAMA DI DUNIA.

IA DIKENALI DENGAN PELBAGAI NAMA MENGIKUT NEGARA DAN BAHASA.

DI MALAYSIA, OUD DIGELAR GAMBUS.

NAMUN, TAHUKAH ANDA, ALAT INI YANG MENJADI INSPIRASI KEPADA PENCIPTAAN GITAR HARI INI.

BERATUS TAHUN SELEPAS GAMBUS DIPERKENALKAN DI EROPAH, MUNCUL PULA GITAR KLASIK DAN GITAR AKUSTIK.

GITAR KLASIK MENGGUNAKAN TALI NYLON SEMENTARA GITAR AKUSTIK MENGGUNAKAN TALI DAWAI.

BUNYI GITAR DIHASILKAN DARIPADA GETARAN TALI YANG MELALUI BADAN GITAR DAN UDARA DI DALAMNYA.

BUNYI BERIRAMA BERGANTUNG KEPADA PETIKAN DAN KREATIVITI PEMAIN GITAR.

JENIS KAYU JUGA MEMPENGARUHI BUNYI YANG DIHASILKAN.

SEMENTARA GITAR ELEKTRIK PULA DICIPTA AWAL ABAD KE-20.

TIADA KOTAK DAN LUBANG UNTUK MENGHASILKAN BUNYI, NAMUN IA BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA GETARAN TALI YANG DISAMBUNG TERUS KEPADA PEMBESAR SUARA.

SECARA UMUMNYA IA DICIPTA MENGGUNAKAN KAYU YANG KERAS DAN MEMPUNYAI ENAM TALI DAWAI.

MENDENGAR MUZIK ADALAH HIBURAN SEMENTARA MEMPELAJARI DAN MEMAHAMINYA ADALAH SATU CABANG ILMU.

MESIR

DI SEKITAR KAHERAH MESIR, KEDAI MEMBUAT GAMBUS MASIH WUJUD SEHINGGA HARI INI.

WALAUPUN GAMBUS TELAH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA ALAT MUZIK TRADISIONAL, NAMUN PERMINTAAN DARIPADA PEMUZIK TEMPATAN DAN LUAR NEGARA KEDAI GAMBUS MASIH BEROPERASI.

GENERASI MUDA DIGALAKKAN MEMPELAJARI SENI DAN TEKNIK MEMBUAT GAMBUS, SEBAGAI WARISAN TURUN-TEMURUN.

ILMU TIDAK BERKUBUR DITELAN ZAMAN, GAMBUS MASIH BERTAHAN SEIRING DENGAN ALAT MUZIK MODEN.

PENGGUNAAN JENIS KAYU YANG SESUAI, ANTARA FAKTOR SEBUAH GAMBUS TAHAN LAMA DAN MENGHASILKAN GELOMBANG BUNYI YANG SEDAP DIDENGAR.

KUALITI TALI DAN CARA MENGIKAT YANG BETUL MEMBERI KESERASIAN KEPADA PEMAIN GAMBUS DAN PEMINAT MUZIK.

MUZIK ADALAH PECAHAN TERAKHIR DALAM DISIPLIN ILMU MATEMATIK KERANA SUSUNAN NOMBOR DALAM MATEMATIK MEMPENGARUHI MELODI SESEBUAH LAGU.

PENGGUNAAN ALAT BERTALI UNTUK MENGHASILKAN BUNYI TELAH BERMULA SEJAK BERATUS TAHUN SEBELUM MASIHI.

WALAUPUN GAMBUS BUKANLAH ASAL KEPADA GITAR, NAMUN IA WUJUD LEBIH AWAL BERBANDING ALAT BERTALI LAIN.

HARUS DIAKUI, GAMBUS MEMBERI SUMBANGAN YANG BESAR SEHINGGA TERCIPTA GITAR AKUSTIK, GITAR KLASIK DAN GITAR ELEKTRIK.

FARID AL-BABILLY

MENGIKUT ARUS DALAM INDUSTRI MUZIK MODEN, FARID AL-BABILLY, SEORANG PEMAIN GAMBUS DARI MESIR MELAKUKAN PERUBAHAN PADA ALAT MUZIKNYA.

NAMA AL-BABILLY DIAMBIL SEMPENA TEMPAT ASAL KELAHIRANNYA, WILAYAH BABIL, IRAQ.

NAMA-NAMA PEMAIN GAMBUS TERMASYHUR SEPERTI ABDUL HALIM HAFIZ, ABDUL WAHAB DAN FARID ATRASH, MENDORONG BELIAU MEMINATI GAMBUS.

KREATIVITINYA MELETAKKAN ALAT YANG DILEKATKAN PADA BADAN GAMBUS, SEOLAH-OLAH GAMBUS ELEKTRIK.

BERBEZA DENGAN GAMBUS BIASA YANG MENGHASILKAN BUNYI DARIPADA KOTAK UDARA DI BADAN, GAMBUS ELEKTRIK INI DIHASILKAN DARIPADA GETARAN TALI DAN UDARA DARI KOTAK BADAN GAMBUS.

DIA PEMAIN GAMBUS PERTAMA YANG MENGUBAHSUAI ALAT MUZIK INI MENJADI GAMBUS ELEKTRIK.

ZIRYAB

ILMUWAN ISLAM SILAM MENGUASAI SEMUA CABANG ILMU, BAHKAN DALAM BIDANG MUZIK.

ABUL HASAN ALI BIN NAFI’, ILMUWAN ISLAM YANG TERSOHOR DI BENUA EROPAH DENGAN NAMA ZIRYAB.

DILAHIRKAN PADA TAHUN 789 MASIHI DAN MENINGGAL DUNIA TAHUN 857 MASIHI.

DIA BERHIJRAH DARI BAGHDAD, IRAQ DI BAWAH KERAJAAN ABBASIYYAH KE CORDOBA, SEPANYOL DI BAWAH KERAJAAN UMAWIYYAH.

PENGHIJRAHAN INI MELAKAR SEJARAH PENTING DI BENUA EROPAH.

MENURUT PROFESOR SEJARAH, REINHART DOZY DALAM BUKU YANG BERTAJUK : SEJARAH MUSLIM DI SEPANYOL, ZIRYAB BUKAN SAHAJA PEMUZIK TERKENAL, BAHKAN SEORANG SASTERAWAN DAN AHLI FALAK.

APA YANG MENGHAIRANKAN ADALAH SEMANGAT ZIRYAB DAN SEGALA PEMAHAMAN TENTANG SESUATU, BEGITU INDAH.

TIADA SIAPA YANG PEDULI MENGENAI SENI DAN FENOMENA HIDUP, SEBAGAIMANA YANG DIA LAKUKAN.

ZIRYAB BUKAN SAHAJA MELAKUKAN PERUBAHAN SOSIAL BAHKAN PERUBAHAN KEPADA DUNIA MUZIK DI ANDALUS.

MENURUT FARID AL-BABILLY : “SEJAK KECIL LAGI SAYA INGIN BERMAIN GAMBUS. DAN SEBAGAI PEMAIN GAMBUS, SAYA MEMILIKI GAMBUS YANG BANYAK BERBANDING SENIMAN ARAB YANG LAIN. SAYA MENGUASAI PERMAINAN GAMBUS INI DARI SUDUT ALUNAN BUNYI DAN BEBERAPA PENAMBAHAN TELAH SAYA LETAKKAN PADA GAMBUS SAYA. SAYA TELAH MENAMBAH TALI YANG KEENAM KERANA KETIKA HENDAK MENGGUBAH LAGU, GUBAHAN AKAN TERHENTI PADA TALI YANG KELIMA. SELAKU PENGGUBAH MUZIK DAN LAGU, ANDA AKAN DAPATI PERKARA INI MASALAH. SAYA TAMBAHKAN TALI YANG KEENAM. KERJA SAYA MENJADI LEBIH MUDAH DAN LANCAR. GAMBUS SEPERTI INI TERSEBAR KE NEGARA-NEGARA ARAB YANG LAIN PADA TAHUN 1965.” - TERJEMAHAN

MENURUT DR. OBADA KOHELA, PENSYARAH FAKULTI SASTERA, UNIVERSITI KAHERAH, MESIR : “ZIRYAB TIDAK PERNAH MENGARANG KITAB. ZIRYAB MELAKSANA DAN MENCIPTA TETAPI HANYA KITAB-KITAB YANG MENCERITAKAN TENTANG BELIAU SEBAGAIMANA YANG ADA SEKARANG. MAKLUMAT TENTANG ZIRYAB DIAMBIL DARIPADA KITAB-KITAB SEJARAH HIDUP DAN GOLONGAN TERDAHULU DALAM KITAB SEJARAH.” - TERJEMAHAN

WALAUPUN ZIRYAB TIDAK PERNAH MENGARANG SEBARANG KITAB BERKAITAN DENGAN MUZIK, NAMUN DIA DIIKTIRAF DAN NAMA ZIRYAB DISEBUT DALAM KITAB YANG DITULIS PENGARANG SELEPAS ZAMANNYA.

“ZIRYAB: KITAB MUZIK ANDALUS”, KARANGAN SARJANA MUZIK, DR. MAHMUD AHMAD AL-HIFNI, MENGGAMBARKAN ZIRYAB SEBAGAI SEORANG PEMUZIK, PERUNDING IMEJ DAN PENASIHAT ISTANA ABASIYYAH.

ZIRYAB MEMPERKENALKAN PAKAIAN MENGIKUT MUSIM DAN PERINTIS KEPADA SUSUN ATUR ALAT KEPERLUAN DI MEJA MAKAN.

NAMUN, ILMUWAN ISLAM INI TERKENAL KERANA GAMBUS.








MENURUT DR. OBADA LAGI : “ZIRYAB TERKENAL SEBAGAI ORANG YANG MENCIPTA TALI KELIMA UNTUK GAMBUS. GAMBUS MEMPUNYAI EMPAT TALI. ORANG GREEK MENGGAMBARKAN IA SEBAGAI EMPAT UNSUR (TANAH, AIR, API, ANGIN), SEBAB ITU IA EMPAT TALI. SELEPAS ITU ZIRYAB MEMAJUKAN INDUSTRI MUZIK DAN MENAMBAH TALI YANG KELIMA, TALI TENGAH BERWARNA MERAH. JADILAH GAMBUS BERTALI LIMA.” - TERJEMAHAN

ZIRYAB, NAMA SEJENIS BURUNG DARI SPESIS GAGAK DAN MEMPUNYAI SUARA YANG MERDU.

MENGIKUT KAMUS AL-JAWAHIR, ZIRYAB JUGA ADALAH NAMA BAGI EMAS HITAM.

MENURUT KITAB SEJARAH, GAMBUS YANG DIMAINKAN ZIRYAB BERBEZA DENGAN GAMBUS KEPUNYAAN GURUNYA, ISHAK MAUSILI.

GAMBUS KEPUNYAAN ZIRYAB LEBIH RINGAN BERBANDING GAMBUS LAIN DI ZAMANNYA.

TALI GAMBUS DIPERBUAT DARIPADA SUTERA YANG TIDAK DIRENDAM AIR PANAS DAN DARIPADA EKOR SINGA YANG LEMBUT.

SEMENTARA PEMETIK GAMBUS KEPUNYAAN ZIRYAB DIPERBUAT DARIPADA KUKU BURUNG HELANG.

DARI BAGHDAD, IRAQ, ZIRYAB BERHIJRAH KE MESIR, TUNISIA DAN AKHIRNYA KE CORDOBA, SEPANYOL.

DI BAWAH PENGARUH ZIRYAB, CORDOBA MUNCUL SEBAGAI PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN YANG ULUNG DI EROPAH.

SYRIA

DI DAMSYIK, KREW ILMUWAN ISLAM MENEMUI PEMAIN GAMBUS SYRIA.

HUSAIN SABSABY, 42 TAHUN DILAHIRKAN DALAM KELUARGA PEMUZIK.

DIA MENERIMA PENDIDIKAN MUZIK DARIPADA BAPANYA SEAWAL USIA ENAM TAHUN.

KEMUDIANNYA MENDAPAT TUNJUK AJAR MUNIR BASHIR, PEMAIN GAMBUS TERKENAL DI IRAQ.

KELEBIHAN YANG ADA PADANYA, DIA MENGGUBAH LAGU DENGAN BANTUAN KOMPUTER.

PENJELAJAHAN DALAM KONSERT GAMBUS DI MESIR, JORDAN, MAGHRIBI DAN EROPAH, MENGANGKAT NAMANYA KE PERSADA SENI MUZIK GAMBUS.

MENURUT HUSAIN SABSABY : “KEBANYAKAN PENGGUBAH MUZIK ARAB, BOLEH BERMAIN GAMBUS DAN MENGGUNAKAN IA KETIKA MENGGUBAH LAGU. PADA ASASNYA, GAMBUS ALAT YANG SESUAI UNTUK MELODI ARAB DALAM MUZIK. IA JUGA BERSAIZ KECIL DAN TIDAK MEMERLUKAN RUANG YANG BANYAK SEPERTI PIANO. IA MUDAH DAN TIDAK MENYUSAHKAN PENGGUBAH LAGU.” - TERJEMAHAN
MALAYSIA

DI MALAYSIA, BERTEMAKAN MALAM ARAB, SENSASI MEDITERRANEAN, REGAL PRODUCTION AND ENTERTAINMENT’S, R-P-E MENGANJURKAN PESTA ZIRYAB.

MENURUT PENGARAHNYA, EMILE ABUSADA, DIA MENGIKUTI JEJAK LANGKAH ZIRYAB YANG MENYATUKAN KEBUDAYAAN ANTARA NEGARA MELALUI MUZIK.

WALAUPUN NAMA ZIRYAB TIDAK DIKENALI DI MALAYSIA, NAMUN ILMUWAN ISLAM INI DIIKTIRAF MASYARAKAT TIMUR TENGAH DI SELURUH DUNIA.

KONSERT YANG BERLANGSUNG SELAMA SEMINGGU ITU, DIHIBURKAN PENYANYI DARI TIMUR TENGAH ANTARANYA MARWAN KHOURY, HAIFA WAHBI, TONY QATTAN, MYRIAM FARES DAN ARTIS TEMPATAN.

PENGARUH MUZIK ANDALUSIA TURUT MENARIK MINAT MASYARAKAT SENI DI NEGARA INI.

KUMPULAN OUD-KESTRA DARIPADA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN TELAH MEMPERSEMBAHKAN MUZIK GAMBUS DI SERATA NEGARA.

MENURUT RAJA ZULKARNAIN, GAMBUS LEBIH SENANG DIPELAJARI BERBANDING GITAR.

“MAQAMAT ADA LEBIH KURANG 3-40 BUAH, TETAPI YANG KITA PERLU TAHU DALAM PENGGUNAAN DAN PERMAINAN MUZIK ARAB NI IALAH LAPAN BUAH. MAQAM ARAB IAITU BAYATI, HIJAZ, RAST, SIKAH, KURD, AJAM ASHIRAN, NAHAWAND DAN JUGA NAWA ATHAR.

PENGGUNAAN MAQAMAT DENGAN BERMAIN ‘OUD DAN PEMBACAAN AL-QURAN SAMA. IAITU MELODI YANG KITA GUNAKAN UNTUK MENGAJI TU SAMA DENGAN YANG KITA GUNAKAN UNTUK BERMAIN ‘OUD.”

KAMI MENEMUI M.NASIR, PENGGUBAH LAGU YANG LEBIH SENANG MEMETIK GITAR.

MENURUTNYA : “KADANG-KADANG BUNYI TU, BOLEH MEMPENGARUHI KE ARAH MANA KITA BAWA LAGU TU, BUNYI GITAR. GITAR AKUSTIK MEMPUNYAI BEBERAPA JENIS, ANTARANYA DUA JENIS, SATU GITAR, DIA PANGGIL GITAR FOLK ATAUPUN GITAR STEEL STRING GUITAR. ACOUSTIC GUITAR YANG STEEL STRING, TALINYA TU STEEL. YANG LAGI SATU, GUT STRING YANG MUZIK UNTUK KLASIKAL, TALI TANGSILAH. BUNYI DIA LAIN, BUNYI DIA MEMPENGARUHI ARAH MANA KITA NAK BAWA LAGU TU, JADI KADANG-KADANG STEEL GUITAR NI DIA SESUAI KEPADA MUZIK POPULAR DAN ACOUSTIC GUITAR NI MUNGKIN LEBIH TERTUJU KEPADA SATU BENTUK MUZIK. ELECTRIC GUITAR, DIA LEBIH EKSPRESIF, LEBIH RANCAK MUNGKIN.”

HUKUM MUZIK TELAH LAMA DIBAHASKAN, PENGHARAMAN SECARA MUTLAK MEMERLUKAN DALIL YANG TIADA SEBARANG PERCANGGAHAN.

SEBAHAGIAN ULAMA FEKAH MENGATAKAN MUZIK ITU HARAM, TETAPI ADA JUGA SEBAHAGIANNYA BERPENDAPAT IA HALAL JIKA UNTUK TUJUAN KEBAIKAN.

SEBAGAIMANA YANG DIJELASKAN PROF. DR. ZAGHLUL AL-NAJJAR, ULAMA MESIR : “ULAMA FEKAH MENGATAKAN, MUZIK, YANG HALAL TETAP HALAL DAN YANG HARAMNYA TETAP HARAM. SEKIRANYA DIGUNAKAN UNTUK MEMBANGKITKAN SEMANGAT TENTERA, HUKUMNYA HALAL. JIKA DIGUNAKAN UNTUK LAGU NASYID, KEBANGSAAN DAN KEIMANAN, HUKUMNYA JUGA HALAL. JIKA UNTUK SESUATU YANG SIA-SIA DAN TIDAK BERFAEDAH, IA TETAP HARAM.” - TERJEMAHAN

“SESIAPA YANG TIDAK TERHIBUR MENDENGAR BURUNG DAN KICAUANNYA, ANGIN DAN DERUANNYA, AIR DAN BUNYINYA, INDIVIDU TERSEBUT TELAH ROSAK PERASAANNYA DAN SUKAR DIUBATI.” - IMAM AL-GHAZALI DALAM KITAB IHYA’ ULUMUDDIN

1 ulasan:

stone cassandra berkata...

Ada lagi yg mengkaji asal usul alatan ini terima kasih atas info yg berguna ini..