إعلان

"Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman." - 45:3

22.2.08

Al-Zarqali الزرقالي



SEPANYOL

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH KEGEMILANGANNYA, CORDOBA MENJADI PUSAT PEMERINTAHAN ISLAM DI SEPANYOL PADA ABAD KE-10 MASIHI.

PELBAGAI DISIPLIN ILMU DITEROKAI DAN IA MERAKAM SEJARAH KEMAJUAN ISLAM TERUNGGUL.

DI SINILAH LAHIRNYA ILMUWAN ISLAM SEPERTI IBNU FIRNAS, IBNU BAITAR, AL-ZAHRAWI DAN AZ-ZARQALI.

KINI, CORDOBA MENJADI KOTA PELANCONGAN YANG PESAT MEMBANGUN.

KESAN SEJARAH ISLAM SEMAKIN DILUPAKAN.

AHLI ASTRONOMI DAN FIZIK ISLAM, ABBAS IBNU FIRNAS, PERNAH MELAKUKAN PERCUBAAAN PENERBANGAN SECARA SAINTIFIK DI RONDA, SEPANYOL.

PERCUBAAN DILAKUKAN PADA KURUN KE SEMBILAN MASIHI DAN KETIKA ITU, MASYARAKAT SEPANYOL MENGANGGAP IA KERJA SIA-SIA.

SEHINGGALAH PADA TAHUN 1903, WRIGHT BROTHERS MELAKUKAN PENERBANGAN, BARULAH MANUSIA MEMAHAMI APA YANG CUBA DILAKUKAN IBNU FIRNAS.

MERINTIS KEPADA PENERBANGAN, MANUSIA AKHIRNYA BERJAYA MENEROKA ANGKASA LEPAS.

AL-ZARQALI

AKTIVITI MENCERAP LANGIT TELAH BERMULA BERIBU TAHUN LAMPAU.

DENGAN MATA KASAR, MANUSIA AKAN TERPEGUN MELIHAT KEINDAHAN BINTANG, BULAN DAN CAHAYA LANGIT DI WAKTU MALAM.

PELBAGAI ALAT ASTRONOMI DICIPTA UNTUK MEMUDAHKAN MASYARAKAT ISLAM MENENTUKAN ARAH KIBLAT, PEDOMAN ARAH DAN KAJIAN BINTANG.

FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL-HIJIR AYAT 16 YANG BERMAKSUD : “DAN SESUNGGUHNYA, KAMI TELAH CIPTAKAN GUGUSAN BINTANG DI LANGIT DAN KAMI TELAH HIASI LANGIT BAGI ORANG-ORANG YANG MEMANDANGNYA.”

SALAH SEORANG AHLI ASTRONOMI TERKEMUKA DI DUNIA EROPAH ADALAH AZ-ZARQALI.

ABU ISHAK IBRAHIM BIN YAHYA AT-TAJIBIYY AN-NAQASH DILAHIRKAN DI TOLEDO PADA TAHUN 1028 MASIHI DAN MENINGGAL DUNIA DI CORDOBA, SEPANYOL PADA TAHUN 1087 MASIHI.

DIGELAR AZ-ZARQALI DI DUNIA ARAB DAN DIKENALI DI BARAT DENGAN NAMA ARZACHEL.

BERKETURUNAN ARAB SEPANYOL DAN TERKENAL KERANA PENCAPAIANNYA DALAM PEMBUATAN ASTROLAB.

KREW ILMUWAN ISLAM MENEMUI PAKAR DALAM PEMBUATAN ASTROLAB, PROF. ABDUL WAHAB KAZEM.

DIA MENERUSKAN USAHA AZ-ZARQALI DENGAN MENCIPTA ASTROLAB.

MENURUTNYA : “AL-ZARQALI TERMASUK GOLONGAN ILMUWAN YANG SEDIKIT BILANGANNYA, DIA MAMPU MENENTUKAN PUSINGAN KELOMPOK BINTANG YANG TETAP DI LANGIT, DAN JUGA BINTANG 12. DIA TELAH MENGHIMPUN KESEMUA MAKLUMAT INI DALAM SEHELAI KERTAS SAHAJA YANG DINAMAKAN “AL-SOHIFAH AL-ZARQALIYYAH”. HELAIAN INI DIANGGAP SUATU BENTUK KEJURUTERAAN YANG SANGAT RUMIT DALAM ILMU FALAK.

DIA BERJAYA DALAM PEMBUATAN ‘CAKERA PADAT’ ATAU “AL-SOHIFAH AL-ZARQALIYYAH” INI. IA MEMPUNYAI KEPENTINGAN YANG SANGAT BESAR KERANA TELAH DITIRU SECARA MENYELURUH DAN DITERJEMAH KE DALAM BAHASA LATIN. PARA ILMUWAN DI EROPAH PULA TELAH MENGGUNAKANNYA UNTUK MENCARI KEDUDUKAN BARAT DAN TIMUR KELOMPOK BINTANG.” - TERJEMAHAN

MENURUT PROFESSOR ABDUL WAHAB KAZEM, DIA MEMBUAT ASTROLAB MENGIKUT LAKARAN ASAL DARIPADA MANUSKRIP AHLI ASTRONOMI SILAM.

ANTARANYA ASTROLAB AZ-ZARQALI.

ASTROLAB TIDAK DIJUAL DI PASARAN TETAPI DIBUAT BAGI MEMENUHI TEMPAHAN DARIPADA INDIVIDU KERANA KEHALUSAN DAN KEMAHIRANNYA.

ASTROLAB ADALAH ALAT MENCERAP YANG DIGUNAKAN UNTUK MENENTUKAN DAN MENGUKUR KEDUDUKAN MATAHARI, BULAN, PLANET DAN BINTANG SECARA TEPAT.

KEPERLUAN ALAT INI BERGERAK SEIRING DENGAN KEPERLUAN UMAT ISLAM KETIKA ITU.

ASTROLAB SENTIASA BERWAJAH BARU APABILA IA SENTIASA DIKEMASKINI AHLI ASTRONOMI BERDASARKAN TEMPAT CERAPAN YANG DILAKUKAN.

MENURUT DR. WAHAB KAZEM LAGI : “SEBAGAI CONTOH SEORANG PENCERAP ITU BERADA DI KAHERAH DI ATAS GARIS LINTANG 30. SEDANGKAN PENCERAP DI MALAYSIA BERBEZA KERANA DIA BERADA DI ATAS GARIS LINTANG YANG BERBEZA DARIPADA KAHERAH. IA JUGA BERBEZA DARIPADA GARIS LINTANG DI LONDON DAN BEGITULAH SETERUSNYA. SETIAP TEMPAT KELOMPOK BINTANG BERADA DALAM KEADAAN YANG BERBEZA.

YANG MENENTUKAN GARIS LINTANG PULA ADALAH SUDUT KECONDONGAN KUTUB UTARA. MUDAH BAGI SESEORANG ITU UNTUK MENENTUKANNYA DENGAN PERANTARAAN BINTANG TUJUH YANG KELIHATAN DI KUTUB UTARA.” -TERJEMAHAN

ALLAH SWT BERFIRMAN DALAM SURAH AL-ANBIYA’ AYAT 30 YANG BERMAKSUD :

“DAN APAKAH ORANG-ORANG YANG INGKAR TIDAK MENGETAHUI BAHAWA LANGIT DAN BUMI ITU KEDUA-DUANYA DAHULU ADALAH SUATU YANG PADU, KEMUDIAN KAMI PISAHKAN ANTARA KEDUA-DUANYA. DAN DARIPADA AIR KAMI JADIKAN SEGALA SESUATU YANG HIDUP.
MAKA MENGAPAKAH MEREKA TIDAK JUGA BERIMAN?”

ABAD KE-20, MANUSIA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI CANGGIH DAN MENCERAP BINTANG DI ANGKASA LEPAS MELALUI SATELIT.

PENGGUNAAN ASTROLAB SEMAKIN DILUPAKAN..









NAIK KE LANGIT

KAPAL ANGKASA YANG DILANCARKAN MEMERLUKAN KEKUATAN YANG HEBAT DAN PENGENDALIAN YANG TEPAT.

KELAJUAN SESUAI DIPERLUKAN BAGI MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA TARIKAN GRAVITI BUMI

KELAJUAN DIANGGARKAN 11.2 KILOMETER PER SAAT.

TEKNIK NAIK SECARA MELENCONG, LEBIH MENJIMATKAN BAHAN API DAN MENGURANGKAN RISIKO DI LUAR KAWALAN.

DALAM SURAH AR-RAHMAN AYAT 33 YANG BERMAKSUD :

“WAHAI SEKALIAN JIN DAN MANUSIA, KALAU KAMU DAPAT MENEMBUS KELUAR DARI KAWASAN LANGIT DAN BUMI, UNTUK MELARIKAN DIRI DARI KEKUASAAN DAN BALASAN KAMI, MAKA CUBALAH KAMU MENEMBUS KELUAR. KAMU TIDAK AKAN DAPAT MENEMBUSINYA MELAINKAN DENGAN SATU KEKUASAAN.”

HURAIAN LANJUT MENGENAI NAIK KE ANGKASA LEPAS, KREW ILMUWAN ISLAM MENEMUBUAL PROF. DR. ZAGHLUL AL-NAJJAR, ULAMA MESIR.

“DALAM SURAH AL-HIJIR AYAT 14-15, PERKATAAN “MENAIKI” MERUPAKAN SATU MUKJIZAT. ILMU MEYAKINKAN KITA BAHAWA BENTUK TENAGA TIDAK AKAN MAMPU BERGERAK DALAM SATU GARISAN YANG LURUS. IA PASTI AKAN BENGKOK SEPERTI SEORANG YANG TEMPANG KAKINYA, KESAN TARIKAN GRAVITI JUGA BERBEZA PADA JIRIM LANGIT. AL-QURAN SERING MENYAMAKAN PERBUATAN “MENAIKI KE LANGIT” DENGAN “MELENCONG”. PERKATAAN INI SEMEMANGNYA ‘MUKJIZAT’. TIADA SIAPA MENYEDARI HAL INI SEMASA AYAT INI DITURUNKAN.” - TERJEMAHAN

WALAUPUN MANUSIA TELAH MELANGKAU KE ANGKASA LEPAS, NAMUN KAEDAH DAN PANDUAN SEPERTI MENENTUKAN AWAL BULAN HIJRAH DAN WAKTU SOLAT, CERAPAN DI BUMI MASIH PERLU DILAKUKAN.

KIRAAN KEDUDUKAN BINTANG, BULAN DAN MATAHARI, YANG DICERAP DARI BUMI MASIH RELEVAN UNTUK PENDUDUK BUMI.

MENYEDARI KEPENTINGAN MENGETAHUI PANDUAN WAKTU SOLAT, MENENTUKAN BULAN HIJRAH DAN ARAH KIBLAT, AZ-ZARQALI MEMPERBAHARUI ASTROLAB DI ZAMANNYA.

DIA MELAKUKAN KIRAAN KEDUDUKAN BINTANG DALAM ASTRONOMI DAN MENCATAT DALAM KITABNYA YANG DIKENALI DENGAN NAMA JADUAL TOLEDO.

PERKIRAAN AZ-ZARQALI MENGENAI PERGERAKAN APHELION ATAU TITIK PALING JAUH BINTANG DARIPADA MATAHARI DENGAN KADAR 12.04 SAAT SETIAP TAHUN, HAMPIR DENGAN KADAR PERKIRAAN MODEN IAITU 11.8 SAAT.

SEHINGGAKAN BANGSA EROPAH MENGGUNAKAN KITABNYA SEBAGAI PANDUAN SELAMA DUA KURUN.

DIA JUGA MEMBETULKAN MAKLUMAT GEOGRAFI PTOLEMY DAN AL-KHAWARIZMI MENGENAI JARAK LAUT MEDITERRANEAN.

DARIPADA 62 DARJAH, AZ-ZARQALI HAMPIR MENEPATI UKURAN MODEN IAITU 42 DARJAH.

MALAYSIA

NAMUN, MENGIKUT PROF. DR. MOHD ZAMBRI ZAINUDDIN, PENCERAPAN DI BUMI, ADA KELEMAHANNYA.

MENURUTNYA : “BILA KITA MENCERAP BINTANG DARI BUMI, KITA ADA SATU PERMASALAHAN YANG BESAR, IAITU ATMOSFERA BUMI SENDIRI, SEBAB ATMOSFERA BUMI INI MENJADI PENGHALANG KEPADA KITA MELIHAT BINTANG-BINTANG TU DENGAN LEBIH JELAS KERANA BINTANG TU MEMANCARKAN CAHAYA TANPA BERKELIP, TETAPI APABILA IA MELALUI ATMOSFERA BUMI, MAKA KEGELORAAN ATMOSFERA BUMI ITU MENYEBABKAN BINTANG ITU BERKELIP SUPAYA MACAM KITALAH, KALAU KITA TENGOK BAYANG BULAN DALAM AIR YANG TENANG, KITA AKAN NAMPAK BULAN ITU TIDAK BERGERAK, TETAPI KALAU AIR ITU BERKOCAK, KITA AKAN NAMPAK BULAN DALAM AIR ITU BERGERAK. BEGITULAH IBARAT ATMOSFERA KITA. ATMOSFERA KITA MEMANG BERGELORALAH. JADI UNTUK MENGATASI MASALAH ITU, MASALAH KEGELORAAN INI, SEBAB ITU KITA SEKARANG INI MENCERAP DI ATAS ANGKASA.”

DI BALAI CERAP ANGKASA JABATAN FIZIK, UNIVERSITI MALAYA, TERSIMPAN PERALATAN CANGGIH KAJIAN ASTRONOMI.

WALAUPUN BALAI CERAP INI MEMPUNYAI KELUASAN DAN BENTUK YANG SEDERHANA, NAMUN PERALATAN YANG DIMILIKI SETARAF DENGAN BALAI CERAP LAIN DI NEGARA INI.

IA BEROPERASI PADA MEI 2005 DAN BERKEUPAYAAN MENCERAP OBJEK DI LANGIT PADA WAKTU MALAM DAN SIANG.

BERBEZA DENGAN BALAI CERAP YANG MENGGUNAKAN TELESKOP, AZ-ZARQALI MELAKUKAN KAJIAN DAN PEMERHATIAN DENGAN MATA KASAR.

KETIKA ZAMANNYA, PERALATAN OPTIK BELUM LAGI DICIPTA, NAMUN, ILMUWAN INI MAMPU MENGHASILKAN PANDUAN ASTRONOMI UNTUK UMAT ISLAM.

FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL-HIJIR AYAT 14-15 YANG BERMAKSUD :

“DAN SEKIRANYA KAMI BUKAKAN KEPADA MEREKA SALAH SATU DARI PINTU-PINTU LANGIT, MEREKA AKAN TERUS-MENERUS NAIK KE ATASNYA, TENTULAH MEREKA AKAN BERKATA : SESUNGGUHNYA PANDANGAN KAMI TELAH DIKABURKAN, BAHKAN KAMI ADALAH ORANG-ORANG YANG TERKENA SIHIR.”

MENGHURAIKAN AYAT TERSEBUT, DR. ZAGHLUL NAJJAR BERKATA : ‘AYAT INI DIUCAPKAN OLEH ORANG PERTAMA KE ANGKASA LEPAS, YANG TELAH MELEPASI KAWASAN BERCAHAYA. DIA BERKATA : “SAYA MERASAKAN SEOLAH-OLAH KEHILANGAN DAYA PENGLIHATAN, ATAUPUN SAYA TELAH DISIHIR”. INI DISEBABKAN DIA DIKEJUTKAN DENGAN KEGELAPAN YANG SANGAT PEKAT, KERANA LAPISAN SIANG ADALAH LAPISAN YANG NIPIS DAN KETEBALANNYA TIDAK LEBIH DARI 200 KILOMETER.

SELEPAS ITU, INDIVIDU BERKENAAN AKAN MELIHAT MATAHARI SEPERTI CAKERA YANG BERWARNA BIRU. BEGITU JUGA DENGAN BINTANG-BINTANG UMPAMA TITIK-TITIK BIRU YANG LUNTUR WARNANYA DI DALAM HELAIAN KERTAS HITAM. INILAH BUKTI KEAGUNGAN, KEBESARAN DAN KEHEBATAN MUKJIZAT DALAM AL-QURAN. MUKJIZAT AL-QURAN RELEVAN SEPANJANG ZAMAN.”

ANGKASAWAN MALAYSIA

PADA JUN 2003, KERAJAAN MALAYSIA MENGUMUMKAN PENGHANTARAN ANGKASAWAN KE STESEN ANGKASA ANTARABANGSA (I.S.S).

PELBAGAI PANDANGAN DIKEMUKAKAN AHLI AKADEMIK DAN ULAMA MENGENAI IBADAH SEKIRANYA ANGKASAWAN YANG DIHANTAR ADALAH SEORANG ISLAM.

PERSOALAN IBADAH DI ANGKASA LEPAS MENARIK PERHATIAN BUKAN SAHAJA MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA, BAHKAN UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

MENGIKUTI JEJAK LANGKAH ILMUWAN ISLAM SILAM, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA MENGELUARKAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH DI I.S.S.

PANDUAN IBADAH DI I.S.S MERANGKUMI CARA BERISTINJA’, MENENTUKAN WAKTU SOLAT, MENENTUKAN KIBLAT, MENUNAIKAN SOLAT, MENENTUKAN WAKTU PUASA, MENGURUSKAN JENAZAH DAN SEBAGAINYA.

KREW ILMUWAN ISLAM MERAKAM DETIK ANGKASAWAN NEGARA SEBELUM MEREKA BERLEPAS KE RUSSIA.

DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR BANGGA MENJADI ANGKASAWAN ISLAM.

MENURUTNYA : “DARI SEGI ISLAM, BAGI SAYA IA ADALAH TANGGUNGJAWAB YANG BEGITU BESAR KERANA IA BUKAN SAHAJA MELIBATKAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA TETAPI SELURUH ISLAM SEDUNIA. SEBENARNYA SUDAH TUJUH ORANG ISLAM NAIK KE ANGKASA TETAPI NEGARA MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM PERTAMA YANG MENGHASILKAN PANDUAN CARA BERIBADAH DI ANGKASA. DAN SAYA BERASA BEGITU BANGGA KERANA KAMI MENJADI CONTOH DAN TELADAN KEPADA NEGARA-NEGARA ISLAM YANG LAIN. JADI BAGI SAYA, PERGI KE ANGKASA BUKANLAH HANYA UNTUK MELENCONG-LENCONG DAN MELAKUKAN EKSPERIMEN TETAPI UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM BAHAWA ISLAM IS A WAY OF LIFE. DAN IA ADALAH SATU KEHIDUPAN BAGI DIRI KITA. KITA TIDAK HARUS LUPAKAN ISLAM WALAUPUN DI MANA-MANA JUA KITA BERADA. SAYA MAHU JADI CONTOH DAN TELADAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SANA. WALAUPUN SAYA BERADA DI ANGKASA, SAYA MASIH DAPAT MELAKUKAN DAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI SEORANG ISLAM.”

MENGAGUMI ILMUWAN ISLAM SILAM, DR. FAIZ KHALEED MEMPUNYAI PENDAPAT TERSENDIRI :

“SAYA BERHARAP BAHAWA PUBLIC REALISED THAT ACTUALLY, KITA PUNYA PERKEMBANGAN SAINS NI, BANYAK DIPENGARUHI SAINS TAMADUN ISLAM DAN JIKA TANPA STEP AWAL, TANPA AHLI-AHLI ILMUWAN ZAMAN DULU, SAYA SURELAH KITA TAKKAN DAPAT TEKNOLOGI SEKARANG NI, SO, KITA PERLU INGAT TENTANG BASIC KAT MANA SAINS NI, DATANG DAN JUGA KITA PERLU INGAT TENTANG TOKOH-TOKOH YANG LEPAS. CONTOHI MEREKA DAN JANGAN LUPAKAN MEREKA DAN JUGA MENGAMBIL MANFAAT FROM THEM, DARIPADA DIA PUNYA SPIRIT, INGIN MENGKAJI, INGIN TAHU, SIKAP INGIN TAHU DAN KITA PATUT CONTOHI DAN AMALKAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA.”

ALLAH SWT BERFIRMAN DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 54 YANG BERMAKSUD :

“SESUNGGUHNYA TUHAN KAMU ADALAH ALLAH YANG MENCIPTA LANGIT DAN BUMI DALAM ENAM MASA, LALU DIA BERSEMAYAM DI ATAS ARASY. DIA MENUTUP MALAM KEPADA SIANG YANG MENGIKUTNYA DENGAN CEPAT DAN MATAHARI DAN BULAN SERTA BINTANG-BINTANG TUNDUK KEPADA PERINTAHNYA. INGATLAH, MENCIPTA DAN MEMERINTAH HANYA HAK ALLAH. MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTA DAN MENTADBIR SEKALIAN ALAM.”

MENURUT DR. ZAGHLUL AL-NAJJAR : “SEBENARNYA BUKANLAH MESTI SESEORANG ITU KE ANGKASA LEPAS, NAMUN TIDAK SEPATUTNYA UMAT ISLAM KETINGGALAN ILMU DI ZAMAN INI. INILAH ILMU DAN PENGETAHUAN YANG LUAS. KITA MEMILIKI KELAYAKAN ILMU YANG BANYAK DI DUNIA ISLAM DAN ARAB. ORANG YANG MENGAJAR KEPADA ORANG AMERIKA MENGENAI PENDARATAN DI PERMUKAAN BULAN ADALAH ORANG MESIR, ANAK MURID SAYA, IAITU DR. FARUQ AL-BAZ. KITA MEMILIKI ILMUWAN DAN ILMU. TETAPI KELEMAHAN KITA, TIDAK BERSATU DAN JUGA KESUNGGUHAN SEHINGGA MAMPU KE TAHAP YANG TELAH DICAPAI ORANG LAIN DARI SEGI KEMAJUAN ILMU DAN TEKNOLOGI.” - TERJEMAHAN

MENURUT IBNU AL-ABBAR, AHLI SEJARAH ISLAM KURUN KE-13, AL-ZARQALI SAHAJA DI ZAMANNYA YANG MENGETAHUI MENGENAI NOMBOR DIGIT, ASTRONOMI DAN MEMAHAMI JADUAL FALAK DI ANDALUS BERMULA DARIPADA ISLAM MENAKLUKI SEPANYOL SEHINGGA KINI.

Tiada ulasan: